Assalammu'alaikum wbt.
Tidak rugi jika antum bersungguh-sungguh mengambil kesempatan hanya pada dua malam ini. Beramalah dan berdoalah dengan doa yang baik-baik. Insya'Allah sangat mustajab. Bagaimanapun yang terbaik beramal bersungguh-sungguh setiap malam Ramadan. Petua ini hanya untuk kita lebihkan sedikit malam tersebut.
Doa yang paling utama ialah kita bermohon Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita, dosa-dosa ibu-bapa, ibu-bapa mertua, isteri/suami dan anak-anak, seluruh ahli keluarga dan semua guru-guru kita yang muslim.
Kalau berdoa dengan hajat yang harus (bukan wajib) jangan lupa menyebut "Ya Allah kalau hajat aku ini memberikan kebaikan kepada aku dan ahli keluargaku untuk jangkamasa pendek dan panjang, dunia dan akhirat kami, maka makbulkanlah. Jika memudaratkan makan janganlah dimakbulkan".
Contoh hajat yang harus seperti hendak beli kereta baru, meluaskan perniagaan, membeli saham, mendapatkan tender, membeli rumah baru, tambah isteri dan sebagainya.
Kalau hajat yang wajib tidak perlu ditambah doa di atas. Contoh hajat yang wajib seperti diberikan rezeki menunaikan haji, melangsaikan hutang, kesembuhan penyakit kronik, mendapat jodoh dan sebagainya.
Ana telah pakai petua ini sejak 2005, Alhamdulillah kebanyakan hajat yang besar-besar Allah SWT makbulkan.
Awal Ramadan tahun ini (1 Ramadan 1431H) jatuh pada hari Rabu (11-Ogos-2010) maka mengikut;
1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – malam Lailatul Qadar insya'Allah akan jatuh pada malam yang ke-27 (hari Ahad, 5-September-2010 malam Isnin)
2. Pendapat kedua (Sheikh Fathul Wahab) - malam Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-29 (hari Selasa, 7-September-2010 malam Rabu)
Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);
Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.
Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi.
Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

















