www.MAHADIZAN.com

Personal Site.. becoming a Good Muslim is easy....

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Gangguan Ketika Solat -Handpone Berbunyi

E-mail Print PDF

Solat seharusnya dikerjakan melalui ilmu dan bukan dengan hanya mengikut pemahaman kita sendiri. Persoalan dan kaedah mematikan handphone yang berbunyi ketika solat adalah cara yang amat mudah. Sebagai manusia biasa, terlupa mematikan handphone adalah perkara biasa. Tetapi, adakah takut untuk mematikan handphone yang sedang berbunyi menjadi kelaziman?... Adakah jemaah ini tidak mengetahui bahawa hukum mematikan handphone yang sedang berbunyi itu sebenarnya WAJIB?.

Cuba perhatikan keadaan ini disekitar kita?. Ia berlaku saban hari. Jahilkah kita? Adakah kita solat sekadar mengikut orang lain bersolat?. Adakah tiada orang yang menegur atau mengajar perkara ini kepada kita?. Ataupun, kita memang tidak belajar.

Kaedah Yang Betul : Mengikut pemahaman saya, pergerakan mematikan handphone boleh dilakukan melalui pelbagai cara

1. Handphone di dalam poket.

Mudah sekali, ketika sedang berdiri. Seluk poket dan tekan butang OFF. Matikan sepenuhnya, jangan tekan butang HANG UP. Senarai MISSED CALL boleh dibuat selepas solat. Sekiranya HANG UP, maka pemanggil akan memanggil semula. Ini akan menimbulkan gangguan selanjutnya.

2. Handphone di atas lantai.

i. Ketika Berdiri - bergerak ke arah handphone tersebut. Tekan Butang OFF, dan sambung semula solat.

ii.Ketika yang lain - Capaian ke arah handphone, dan mematikannya adalah lebih baik.

Mungkin jawapan ini, ada khilaf dan kurang baik. Apa yang penting, rujuk kepada yang lebih memahami, teruskan belajar dan carilah ilmu sebaiknya. Lebih lebih lagi pada fasal yang membabitkan permasalahan solat, kerana solat yang sempurna adalah matlamat hidup kita di dunia ini..

Wassalam

Surah Ibrahim

Business Card 300pcs for RM65.00

Order NOW!

 

You are here: