www.MAHADIZAN.com

Personal Site.. becoming a Good Muslim is easy....

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

5 Beradik Yatim, Padang Serai Kedah

E-mail Print PDF

rujuk : http://prihatin.nurhikmah.org.my/tempatan/zon-utara/440-5-beradik-yatim.html

E-mailPrintPDF

Sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah kepulauan bendang Paya Ketiau, Padang Serai, Kedah, menempatkan lima beradik, menyimpan kisah suka duka anak-anak yatim ini. Lima beradik yang terdiri dari Mohd Shafik (Tingkatan 2), Nur Atikah (Darjah 6), Nur Atirah (Darjah 4), Nor Azian (6 tahun) dan Nur Amirah (2 tahun).


Tiada pendapatan yang tetap untuk mereka mengisi perut malah hanya mengharapkan belas ihsan ibubapa saudara dan jiran-jiran semata-mata. Setelah kedua-dua ibubapa mereka meninggal dunia, kehidupan mereka menjadi jatuh lebih bawah dari tahap miskin.

Segalanya bermula apabila ibu mereka meninggal dunia selepas 12 hari melahirkan Nur Amirah, kira-kira 2 tahun lalu. Sejak itu Nur Amirah yang masih merah, dipelihara oleh ibu saudara mereka Puan Jasmi Bt Mat Isa, yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mek. Walaupun kehidupan Kak Mek juga tidak semewah mana, malah amat sederhana, namun atas rasa tanggungjawab Kak Mek tetap memelihara Nur Amirah dengan penuh kasih sayang.

Setahun kemudian ayah mereka berkahwin lain demi menjaga kebajikan anak-anaknya. Walaupun ibu tiri mereka juga mempunyai anak-anak lain dari perkahwinan terdahulu dan bukan merupakan penduduk tempatan. Suratan takdir kemudiannya, lebih kurang sebulan yang lalu ayah mereka pula pergi mengadap Illahi, diserang jantung di ladang sawit tempat kerjanya; lalu tinggallah mereka semua yatim piatu.

Nur Amirah yang sejak bayi dipelihara oleh Kak Mek terus kekal di bawah jagaanya, manakala 3 orang yang lain tinggal dengan dua orang bapa saudara mereka di taman berdekatan, dan hanya Nur Atirah tinggal dengan ibu tirinya. Setiap Jumaat cuti sekolah mereka akan balik ke rumah pusaka ayah mereka. Kerana mereka tidak mahu berpisah, dan seboleh-bolehnya hendak terus kekal bersama.

Ibu tiri mereka pula tidak berhasrat untuk tinggal lama di kampung itu dan segala kebajikan dan masa depan lima beradik yatim piatu sedang dalam perbincangan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua pihak ibu dan bapa mereka.

Memang sedih mengenangkan nasib budak-budak ini, apa pun terjadi mereka tetap tidak mahu berpisah, mahu kekal bersama; mungkin kerana itulah dalam Al-Quran, Allah banyak menekankan tentang peri pentingnya ahli masyarakat mengambil berat terhadap nasib anak-anak yatim apatah lagi yatim piatu seperti mereka 5 beradik ini. Berat mata kita memandang, lebih berat lagi bahu mereka dan bahu Kak Mek bersaudara memikulnya. Apatah lagi Kak Mek sendiri mempunyai anak-anak seramai empat orang yang masih kecil dan suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan Kak Mek hanyalah surirumah sahaja.
*Gambar terbaru Nur Amirah pada 31 Ogos 2009 yang lalu.
Lihatlah wajah bersih ini, lahir ke dunia belum mengerti apa-apa, kedua ibu dan ayah sudah pun tiada; bukan bermakna Allah itu kejam tapi itulah yang dinamakan takdir kehidupan. Setiap orang punya jalan takdirnya yang tersendiri, hari ini kita mungkin masih ada ibu dan ayah, tahun depan mungkin semuanya sudah tiada.

Allah jadikan anak-anak yatim piatu seperti Nur Amirah dan abang serta kakak-kakaknya itu bukan setakat sebagai ujian buat mereka dan juga Kak Mek bersaudara, tapi Allah juga nak uji kita, untuk melihat samaada kita prihatin terhadap anak-anak yatim atau pun tidak; dan Allah jadikan juga insan-insan seperti mereka sebab Allah nak memberi peluang kepada kita untuk meraih pahala.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad); apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?). Katakanlah: Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan org-org yang terlantar dalam perjalanan” - Al-Baqarah ayat 215.

“Dan, mereka bertanya lagi kepadamu mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itulah saudara-saudara kamu (yang seugama)” - Al-Baqarah ayat 220.

Sebenarnya anak-anak yatim piatu 5 beradik ini – Nur Amirah, Nor Azian, Nur Atirah, Nur Atikah dan Mohd Shafik - bukan setakat anak saudara kepada Kak Mek dan keluarganya tetapi juga sebenarnya adalah anak-anak saudara kita seugama.

Justeru, mereka tidak seharusnya dipandang sebagai tanggungjawab Kak Mek dan saudara-saudaranya semata-mata, tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab kita semua bersama.

Sesiapa yang ingin bertanya khabar tentang anak-anak ini, bolehlah hubungi pemegang Amanah mereka, En Azmi di no telepon: 013-4886952. Rumah arwah ayah mereka beralamat di Kg Paya Ketiau, Padang Serai, Kedah – masuk melalui Tmn Damai ikut lorong Damai 4/1 ambil laluan kiri.

 

Surah Ibrahim

Business Card 300pcs for RM65.00

Order NOW!

 

You are here: