DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!


Usage of Saffron

How to Use Saffron
In order to get the most out of saffron it should be soaked in a little warm water for 10 minutes before being added to food at the last stage of cooking. (The aroma, flavor and color come out much better this way.

Hadis 01

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sohihNya dari Jabir bin Abdullah r.d. Bahawasanya Rasulullah SAW bertanyakan tentang hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab: "Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL". Lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: "Sebaik-baik hidangan adalah KHAL". (Dikeluarkan oleh Muslim 2052).

How to consume and store saffron

Because saffron is very expensive, it is important to get every bit of flavor out of the saffron and well distributed into the food it flavors. There are two techniques for doing this: toasting and powdering the threads, and steeping the saffron ahead of time in hot water or broth. Saffron threads are toasted to remove all residual moisture so that they can be ground in a mortar or crushed between spoons. They may be toasted on the stovetop in a dry skillet or in a carousel microwave at full power for about 30 seconds or until they begin to give off an aroma. Cool and crush finely.
If you will be using the threads whole (they are showy in a sauce, for example) then you should steep them for at least 15 minutes to extract as much as possible of their flavor. Longer would be better, as they release flavor for up to four hours. Bring some of the liquid used in the recipe--water, stock, milk, to the point of boiling and stir the threads into it and set it aside while you do something else. Liquids containing alcohol do not have to be heated.

 

zafaran

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

 

CB Online

None
Content View Hits : 38975
Doa Murah Rezeki PDF Print E-mail
Written by mahadizan   
Friday, 01 January 2010 01:03

Last Updated on Saturday, 08 January 2011 11:13
 
Tukar nama sekiranya Pemilik Asal Meninggal Dunia PDF Print E-mail
Written by mahadizan   
Saturday, 08 January 2011 11:08

BAGI KENDERAAN MOTOR PEMILIK BERDAFTAR MENINGGAL DUNIA

 

1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009); TM-3

2. 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka);   Borang JPJ K3A

3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);

4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja;  TM-AB

5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil);

6. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:

Perintah Mahkamah; atau

Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau

Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau

Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil;

7. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh {tooltip}PUSPAKOM{end-texte}www.puspakom.com.my{end-tooltip} yang masih berkuat kuasa.

 
Carta top 10 faktor seorang Jutawan PDF Print E-mail
Written by mahadizan   
Sunday, 02 January 2011 17:26

11 Formula Kejayaan!

oleh: Irfan Khairi - http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Last Updated on Sunday, 02 January 2011 18:02
 
Maher Zain kembali ke Malaysia PDF Print E-mail
Written by mahadizan   
Sunday, 12 December 2010 06:09

Penyanyi Maher Zain kembali ke Malaysia atas permintaan ramai. Kali ini beliau akan membuat persembahanan dalam Malam Amal Setulus Kaseh mulai 26, 27 dan 28 December 2010. Program anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ.

 

Bertempat di The Summit Hotel Subang, USJ

Harga tiket bermula dari RM200 hingga RM1000

atau jika syarikat berminat untuk membeli meja,

PENJUALAN MEJA (TIKET)

Meja Cinta = (1 Meja x RM10,000)

Meja Kasih = (1 Meja x RM 5000)

Meja Sayang = (1 Meja x RM 3000)

Meja Ukhwah = (1 Meja x RM 2000)

Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja, hubungi : (Muslim Aid) 03-2288 1996

 

Last Updated on Sunday, 12 December 2010 06:33
Read more...
 
Bagaimana utk Sync fail antara PC dengan MUDAH! PDF Print E-mail
Written by mahadizan   
Friday, 03 December 2010 23:20

Salam..

menyimpan fail dan access antara berbilang komputer kadangkala amat menyukarkan...

nak gunakan thumb drive?... thehhehe, mungkin ada cara yg lebih mudah

cara yang saya guna baru-baru ini amat mudah..! YA! Dropbox

 

 

sekiranya anda menggunakan PC yang berbilang, termasuk PDA (Iphone, Android, Blackberry, dsb) pastikan anda download dan install disetiap PC (ada juga option untuk unpair setiap PC). Folder tersebut boleh dicapai dengan mudah sekali!


selamat mencuba!   klik link ini

Last Updated on Tuesday, 21 December 2010 03:32
 
RENCANA UTAMA - Safron gantikan popi PDF Print E-mail
Written by mahadizan   
Tuesday, 02 November 2010 09:43

dipetik : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

SEORANG lelaki menuai safron di Herat, Afghanistan yang menjadi alternatif kepada tanaman candu.

 

SAMBIL menunjukkan sesuatu yang berwarna kuning kemerahan dan kelihatan seperti gumpalan benang di tapak tangannya, Abdul Khaliq Stanikzai menjelaskan bahawa bahan tersebut merupakan penyelamat kepada ketagihan candu di Afghanistan.

Melalui pembangunan pertanian yang dikatakan menjadi penyelamat kepada masalah dadah dan peperangan di negara itu, sebuah program telah diwujudkan. Program yang dikatakan bernilai berjuta-juta dolar itu akan menjadi alternatif kepada petani yang mengusahakan tanaman popi.

Di barat Herat iaitu sebuah wilayah yang bersempadan dengan Iran, tanaman berwarna ungu yang mempunyai akar bebawang itu telah menggantikan tumbuhan popi sedikit demi sedikit. Bagaimanapun, perubahan kepada safron lebih bersifat jangka panjang berbanding popi.

"Menanam safron memerlukan keyakinan dan kesabaran kerana tumbesarannya yang berperingkat-peringkat. Hasilnya hanya boleh dituai pada tahun keempat," kata Pengarah Sanayee Development Organisation di Herat itu.

Tanaman itu mempunyai peranan yang sama seperti badam, anggur, epal dan gandum yang popular di Afghanistan kerana ia adalah alternatif kepada pokok candu yang menjadi rezeki kepada 85 peratus penduduknya.

Afghanistan adalah antara negara yang paling miskin di dunia, tetapi ia adalah pengeluar candu yang terbesar. Ia boleh dikatakan sebagai 'pusat' heroin kerana lebih 90 peratus heroin di dunia dibekalkan negara itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila pengeluarnya turut mendapat bantuan keselamatan daripada kumpulan kongsi gelap. Pendapatan pengusaha popi juga terjamin kerana turut mendapat bantuan baja, air dan wang pendahuluan dari orang tengah.

Industri candu di Afghanistan telah menjana pendapatan sebanyak AS$3 bilion (RM9.3 bilion) setahun untuk bekalan di Eropah. Ia juga membantu menyumbangkan dana kepada pemberontak Taliban selama lebih sedekad.

Menurut sumber Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), Afghanistan telah menghasilkan sekitar 3,600 tan candu pada tahun ini. Jumlah itu menghampiri separuh daripada nilai pengeluaran pada tahun 2009.

 

Pengeluaran candu

Nilai bunga candu pula meningkat sebanyak 38 peratus kepada AS$604 juta (RM1.9 bilion) dan ia sangat menggalakkan pendapatan para petani.

Sebuah laporan menjelaskan, lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Afghanistan hasil daripada pengeluaran candu adalah enam kali lebih banyak berbanding gandum.

SEKURANG-KURANGNYA 50,000 hingga 75,000 kuntum safron diperlukan untuk mendapatkan setengah kilogram safron kering.

Pokok popi yang mudah ditanam menjadi kontra kepada kaedah alternatif yang diperkenalkan. Bagaimanapun, cabarannya ialah sebahagian petani diugut oleh puak Taliban supaya tidak meneruskannya.

Washington memberi galakan kepada pembangunan pertanian sebagai tambahan kepada usaha ketenteraannya untuk menamatkan peperangan. Melalui program pengurusan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) yang bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.1 bilion), ia membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.

Namun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjelaskan, sebahagian besar kawasan yang menghasilkan candu masih seperti biasa. Ia secara tidak langsung menyatakan kegagalan untuk meyakinkan para patani agar beralih kepada tanaman alternatif.

UNODC menjelaskan, penurunan jumlah tanaman candu di Helmand secara statistiknya tidak signifikan. Sebaliknya wilayah yang berjiran dengan Kandahar itu menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus.

Jurucakap Kementerian Pertanian, Abdul Majeed Qarar menjelaskan, pihaknya menerima maklum balas positif daripada peladang-peladang tempatan terhadap tanaman safron.

Stigma daripada pokok crocus yang menghasilkan rempah ratus bernilai tinggi itu telah digunakan sejak beribu tahun lalu. Ia adalah untuk menambahkan keharuman, rasa dan warna makanan. Rempah itu juga digunakan dalam perubatan berasaskan herba, pewarna dan minyak wangi.

 

Kelebihan safron

Sebanyak 50,000 hingga 75,000 kuntum bunga diperlukan untuk menghasilkan setengah kilogram safron kering dan ia boleh dijual pada harga yang mencecah AS$5,000 (RM15,515).

Stanikzai menjelaskan, harga candu pada awal tahun ini ialah AS$95 (RM294) sekilogram berbanding AS$2,000 (RM6,206) safron.

Namun Afghanistan masih kerdil di pasaran antarabangsa berbanding negara lain seperti Iran, Itali, Sepanyol, India, Greece, Azerbaijan dan Morocco. Qarar menjelaskan, safron di Afghanistan kini mendapat tempat di negara Teluk dan India.

Melalui bantuan daripada Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Belanda, petani-petani dari seluruh negara mengunjungi Herat untuk menimba pengetahuan mengenai kelebihan safron.

"Musim tanaman safron bermula dari pertengahan bulan September sehingga pertengahan November iaitu di luar musim tanaman lain. Ia juga mudah membesar dan memerlukan kuantiti air yang sedikit.

STIGMA daripada bunga safron menambah aroma, rasa dan warna pada makanan.

"Ia juga memberikan pulangan yang lebih berbanding popi. Petani hanya menjana pendapatan sehingga AS$3,000 (RM9,309) hingga AS$5,000 (RM15,515) setiap hektar candu, tetapi mereka boleh mendapat sehingga AS$30,000 (RM93,092) dalam tempoh tiga tahun dengan keluasan tanah yang sama," katanya.

Qarar menjelaskan, safron diusahakan di 300 hektar kawasan di Herat dan jumlah yang sama di kawasan lain seperti Uruzgan, Kalisa dan Parwan. Tanah-tanah di 20 kawasan lain turut di kaji sama ada tumbuhan itu boleh hidup subur.

Dengan pemberontakan yang semakin meningkat dan bulan Julai 2011 yang semakin hampir iaitu permulaan kepada gencatan senjata tentera Amerika Syarikat (AS), Qarar menjelaskan, terdapat tekanan untuk membina semula pembangunan tumbuhan alternatif.

Di Herat Saffron Shop yang menjual safron pada harga AS$5 (RM15.50) segram, pemiliknya, Yaser Jahn menjelaskan, pembekal tumbuhan itu yang dahulunya pengusaha candu kini hidup dengan lebih baik. - AFP

Last Updated on Tuesday, 02 November 2010 09:57
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 11

Hijri Date


DROPBOX

need DROPBOX?.. click logo

Produk Qurba 02


Kopi Ibnu Sinna ... read more

your text here ... read more

Teh Halia Zafaran ... read more

Khal Tamar Plus ... read more

Senarai Harga & Pesanan ... read more
by camp26

Produk Qurba 03


Faqeh Minda ... read more

Madu Minda ... read more

your text here ... read more

Saffron @ Zafaran ... read more

Li Khamsatun ... read more
by camp26

Hadis 02

Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said r.d. dari Nabi SAW. "Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah." (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318).

Demi Masa.. sesungguhnya manusia dlm kerugian...

Loading Clock... The color is "Blue".